My Add

Friday 29 June 2012

Kastam Johor patahkan 48 penyeludupan bulan ini

JOHOR BAHRU, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Kastam Johor berjaya mematahkan 48 kes penyeludupan melibatkan nilai rampasan RM4.4 juta dan cukai bernilai RM23 juta sepanjang bulan ini.

Pengarahnya, Datuk Ramli Johari berkata, 26 daripada kes tersebut melibatkan penyeludupan melalui Bangunan Sultan Iskandar (BSI) yang menempatkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).

"Seramai tujuh orang telah didakwa di mahkamah kerana terlibat dalam kes-kes itu di mana empat daripada mereka telah disabit kesalahan dan dijatuhi hukuman," katanya di Menara Kastam di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment