KUALA LUMPUR KHAMIS, 28 Jun, 2012: Penglibatan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dalam industri minyak dan gas sejak 2008 dijangka mampu menjana pulangan maksimum serta memberi lebih banyak manfaat kepada tujuh juta pendepositnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Tabung Haji telah memilih Ramunia Holdings Berhad untuk menceburi industri itu dengan jumlah pelaburan sekitar RM300 juta yang melibatkan pegangan saham sebanyak 25.17 peratus.
"Ini menjadikan Tabung Haji sebagai pemegang saham terbesar dalam syarikat ini dan seterusnya menunjukkan komitmen dalam pelaburan strategik ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment