My Add

Thursday 28 June 2012

Situasi bekalan air di Lembah Klang masih kritikal-Syabas

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 28 Jun, 2012: Situasi bekalan air di Lembah Klang masih kritikal namun terkawal, kata Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari ini.
Syabas dalam satu kenyataan di sini memberitahu, ketika ini gangguan bekalan air masih berlaku membabitkan 42,080 akaun pengguna di wilayah Kuala Lumpur dan Hulu Langat.

"Syabas telah menyusun semula agihan air di kawasan terjejas bagi mengurangkan kesan kepada pengguna. Syabas juga menyediakan sejumlah 28 lori tangki dan 32 tangki statik bagi membekalkan air di kedua-dua wilayah terlibat," jelas kenyataan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment