My Add

Friday 29 June 2012

Pengurusan KUIN diarah selesai kes

ALOR SETAR, KHAMIS, 28 Jun, 2012: Polis mengarahkan pihak pengurusan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menyelesaikan kes dakwaan pecah amanah berkaitan bayaran wang pekerja kepada institusi kewangan selaku pihak ketiga, berikutan lima laporan polis yang dibuat ke atas pengurusan kolej tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Adzaman Mohd. Jan berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kes Refer to Agency (ROA) dan polis mengambil tindakan merujuk kembali kes tersebut kepada pihak Kuin.

"Untuk itu, kes dan dakwaan ini perlu segera diselesaikan jabatan yang terlibat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, kira-kira 15 kakitangan Kuin daripada pelbagai jawatan membuat lima laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar kerana mendakwa berlaku pecah amanah di kolej universiti itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment