My Add

Friday 29 June 2012

Dua ahli perniagaan cuba rasuah polis diberkas

KUALA LIPIS, KHAMIS, 28 Jun, 2012: Dua ahli perniagaan yang bercadang membuka sebuah kafe siber yang menawarkan perjudian internet dan cuba merasuah pegawai kanan polis ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supt. Abdul Razak Hassan berkata, kedua-dua ahli perniagaan itu ditahan selepas cuba memberi rasuah wang tunai RM3,000 kepada timbalannya, DSP Ibrahim Shariff di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, dua lelaki terbabit yang berusia 53 dan 40 tahun yang masing-masing berasal dari Jerantut dan Kuala Lumpur dikatakan datang ke IPD itu dengan niat mahu bertemu dengan Ibrahim tanpa membuat sebarang temu janji.

Menurut beliau, sebaik saja kedua-dua mereka menemui Ibrahim, salah seorang daripada mereka menyuarakan hasrat mahu membuka enam buah kafe siber yang menyediakan perkhidmatan judi internet di Bandar Baru, Jalan Jelai, Benta dan Padang Tengku.

"Ibrahim kemudiannya memberitahu kepada dua ahli perniagaan terbabit bahawa menjadi satu kesalahan besar jika membuka premis yang menyediakan kegiatan perjudian internet,” kata Abdul Razak di sini hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment