My Add

Friday 29 June 2012

Pas perlu henti polemik soal haji

KUALA LUMPUR, khamis, 28 Jun, 201: Pas diminta menghentikan polemik yang dicetuskan pemimpin-pemimpinnya berhubung kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-13 dilangsungkan pada musim haji tahun ini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta ahli-ahli parti tersebut yang terlibat secara langsung dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 menangguhkan ibadat haji, bukan satu fatwa yang wajib dipatuhi.

"Saya hairan mengapa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih membangkitkan isu tersebut walaupun beliau sendiri tidak pasti bila tarikh pilihan raya yang sebenar.

"Mungkin Abdul Hadi boleh menghubungi Raja Arab Saudi, Raja Abdullah untuk merayu supaya tarikh wukuf tahun ini ditunda kerana orang Pas hendak mengundi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment