KOTA KINABALU 28 Jun - Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) akan mula dikuatkuasakan di Sabah pada 1 Julai ini.
Pegawai Perhubungan Awam yang juga Penolong Pengarah (Pengurusan) Jabatan Kesihatan negeri, Ketirah Hank berkata, pelaksanaan SPIKPA itu sudah mendapat kebenaran dan persetujuan kerajaan Sabah serta mendapat kerjasama daripada Jabatan Imigresen Sabah.
Beliau berkata, skim insurans berkenaan sudah dilaksanakan di Semenanjung sejak 1 Januari tahun lepas.
Berikutan itu katanya, semua pekerja asing kecuali pembantu rumah diwajibkan untuk membeli polisi insuran Skim Kemasukan Hospital dan Pembedahan Pekerja Asing dengan bayaran premium insurans maksimum sebanyak RM120 setahun. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment