My Add

Friday, 29 June 2012

Hanafi ke New Zealand bawa pulang dua anak

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 28 Jun, 2012: Seorang bapa yang kehilangan dua anak lelaki akibat dilarikan ibu mereka ke New Zealand lapan tahun lalu, Hanafi Salleh akan berlepas ke negara itu malam ini untuk membawa pulang anak-anaknya ke tanah air.

Hanafi, 36, yang bekerja sebagai nelayan akan diiringi Setiausaha Agung Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Abdul Khalid Chairul bagi membantunya menyelesaikan segala urusan bersama pihak berkuasa di New Zealand.

"Saya akan berada di sana selama seminggu bagi menguruskan segala urusan berkaitan undang-undang negara itu. Jadi saya memohon agar rakyat Malaysia mendoakan misi membawa pulang kedua-dua anak saya ini berjaya dan selamat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kedua-dua anak Hanafi, Muhammad Syayden Ingham, 12, dan Muhammad Jamey Alano Ingham, 9, dilarikan bekas isterinya, Nurul Junaidah Joanne Abdullah, 27. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment