*YUSHAIRI Khairuddin (depan) dan Shahrul Azuwan Adanan (belakang) dibawa keluar dari bilik perbicaraan selepas didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret, Petaling Jaya, semalam.
PETALING JAYA, KHAMIS, 28 Jun, 2012: Pekarangan Mahkamah Majistret di sini hari ini kecoh apabila pemilik kucing peliharaan tidak puas hati terhadap dua pemilik sebuah pusat jagaan haiwan peliharaan yang didenda RM6,000 kerana menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap 30 ekor kucing, tahun lalu.
Luahan hati mereka ditujukan kepada Shahrul Azuwan Adanan, 30, dan Yushairi Khairuddin, 30, setelah pemilik-pemilik kucing itu menganggap hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret K.B. Elena Hong Tze Lan adalah terlalu ringan dan tidak setimpal dengan perbuatan mereka.
Lebih menyakitkan hati mereka, kedua-dua lelaki itu tersenyum dan bersahaja semasa berjalan ke kaunter pembayaran tanpa berkata apa- apa kepada pemilik-pemilik kucing tersebut yang mengharapkan sekurang-kurangnya permohonan maaf daripada mereka. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment