My Add

Friday 29 June 2012

Pupuk perpaduan rakyat

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
KOTA BHARU, KHAMIS, 28 Jun, 2012: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan mengadakan program 'RTM Merentas Desa' bagi memupuk perpaduan rakyat melalui persembahan seni budaya.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kesenian dan kebudayaan mampu memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat walaupun mereka mempunyai fahaman politik atau agama yang berbeza.

Beliau berkata, program yang dianjurkan oleh RTM itu turut disertai beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Penerangan serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan.

"Melalui program RTM Merentas Desa ini, kumpulan yang terdiri daripada penghibur atau kombo RTM misalnya, akan memilih beberapa kelompok kampung bagi mengadakan program seni budaya, mencari bakat-bakat baru dan menghiburkan rakyat tempatan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment