My Add

Friday, 29 June 2012

TEKUN Nasional dilahirkan hasil perjuangan UMNO

SHAH ALAM, KHAMIS, 28 Jun, 2012: Tindakan parti pembangkang yang menuduh pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional lebih cenderung disalur kepada ahli-ahli UMNO dibidas kerana memperlihatkan betapa mereka tidak tahu tentang sejarah penubuhan dana tersebut.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, penubuhan TEKUN Nasional mempunyai kaitan rapat dengan UMNO kerana institusi tersebut dilahirkan daripada usaha dan idea para pemimpin parti itu.

Beliau berkata, atas sebab itu mana-mana usahawan yang ingin memohon pinjaman TEKUN Nasional perlu ke pejabat UMNO Bahagian untuk mendapatkan borang dan menyerahkannya di situ juga.

''Pemimpin DAP seperti Ahli Parlimen dari Ipoh Barat, M. Kulasegaran berkata TEKUN Nasional lebih cenderung memberi pinjaman kepada penyokong UMNO," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment