My Add

Friday 29 June 2012

Bicara kes tipu Pengarah NFC 10-13 September

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan tiga hari bermula 10 September depan untuk perbicaraan kes ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail yang menghadapi lima pertuduhan menipu bekas pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail membabitkan RM1.755 juta.

Hakim Rozilah Salleh turut menetapkan tarikh yang sama untuk perbicaraan kes Shamsubahrin, yang menghadapi 17 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Rozilah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa supaya kedua-dua kes itu dibicarakan bersama dan ia turut dipersetujui peguam Zarina Ismail serta Kamarul Hisham Kamaruddin, yang mewakili Shamsubahrin. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment