My Add

Friday 29 June 2012

Insiden tegang dalam prosiding Selcat

SHAH ALAM, KHAMIS, 28 Jun, 2012: Prosiding pendengaran Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) mengenai padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kelana Jaya, dekat sini, agak tegang apabila berlaku tuduh-menuduh di antara pegawai Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) negeri.

Insiden itu bermula apabila timbul persoalan mengenai pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan supaya padang PKNS yang selama ini diletakkan di bawah zon kawasan lapang dan rekreasi ditukar kepada zon komersial.

Malah, nama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut dikaitkan sebagai individu yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan supaya zon tersebut diselaraskan dengan status pegangan hak milik tanah di kawasan itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment