My Add

Thursday 28 June 2012

3,000 kerja kosong menanti pesara tentera

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 28 Jun, 2012: Sebanyak 3,000 peluang pekerjaan diwujud untuk pesara tentera tahun ini melalui dua syarikat yang dilantik Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata salah satu syarikat itu turut menyediakan latihan kepada bakal pesara yang berminat untuk menubuhkan perniagaan sendiri.

Peluang pekerjaan di kedua-dua syarikat itu turut terbuka untuk bekas tentera yang bersara awal dan tidak mendapat pencen. - BERNAMA

1 comment: