My Add

Friday 29 June 2012

Penyenaraian FGV bukti kerajaan teliti

PUTRAJAYA, KHAMIS 28 Jun, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) di Bursa Malaysia hari ini adalah bukti dasar kerajaan sentiasa dilakukan dengan teliti, berprinsip dan terancang.

Perdana Menteri berkata, dasar itu juga sudah terbukti mampu menjana kekayaan dan seterusnya diagih-agihkan kepada rakyat.

Menurut beliau, agihan kekayaan Felda bukan datang daripada peruntukan kerajaan, sebaliknya diperoleh melalui kekuatan Felda itu sendiri.

Malah katanya, penyenaraian FGV adalah sesuatu yang dibanggakan kerana ia merupakan saham kedua terbesar dunia selepas Facebook.

"FGV ini kita bangga kerana kedua terbesar dunia lepas Facebook. Ia lahir dari kita sebab apa, sebab kita ada idea, sebab kita mampu menjana kekayaan. Bila kita jana kekayaan, baru kita agih,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi sembang bersama profesor dan profesor madya institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Sri Perdana, di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, setiap dasar negara bukannya dilaksanakan secara semberono kerana kekayaan hanya boleh dijana jika ia dibuat dengan begitu terancang.

"Kita tak mahu agih janji tapi tak jana kekayaan, inilah resipi kejayaan kita," kata Perdana Menteri.

FGV kini memiliki modal pasaran hampir RM20 bilion yang menjadi penjana kekayaan tambahan untuk negara dan memberi manfaat kepada 112,000 keluarga peneroka Felda. = UTUSAN

No comments:

Post a Comment