My Add

Friday 29 June 2012

Malbat 5 UNIFIL harus utamakan etika

KUCHING, KHAMIS, 28 Jun,2012: Kontinjen Batalion Malaysia 5 (Malbat 5) bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL) digesa melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab dengan beretika ketika berada di negara itu.

Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar berkata, perkara itu perlu diberi penekanan kerana pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di Lebanon dianggap duta negara.

"Saya menggesa pegawai dan anggota ATM di Lebanon sentiasa menjaga tahap profesionalisme kerana tingkah laku mereka menggambarkan keseluruhan imej pasukan ketenteraan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat kepada pasukan Malbat 5 yang akan menjalani latihan kekuatan integrasi (FIT) di Malbat Village Port Dickson, Negeri Sembilan selama tiga bulan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuching, di sini malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment