My Add

Friday 29 June 2012

Peluang di Pulau Pinang 'masih 50-5: 0'Guan Eng

*LIM Guan Eng ketika ditemui pada wawancara eksklusif bersama Sinar Harian dan Sinar Harian Online di pejabatnya di bangunan Parlimen semalam.


NOOR AZURA SAHRIL
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 28 Jun, 2012: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ternyata cukup berhati-hati ketika bercakap mengenai masa depan parti itu dan juga kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Saya tidak mahu terlalu yakin ... setakat 50-50 cukuplah," katanya kepada Sinar Harian dan Sinar Harian Online di sini, semalam.

Guan Eng berkata, beliau lebih selesa untuk cakap berlapik meskipun sokongan rakyat Pulau Mutiara dilihat masih kekal berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR)

"Walaupun sokongan masih kuat, dan semakin kuat, kita masih perlu kerja kuat juga.

Tidak boleh terlalu selesa atau terlalu yakin kerana jika terlalu yakin, itu boleh jadi perangkap," katanya

Bagi Guan Eng, peluang empat tahun memerintah Pulau Pinang masih tidak boleh dijadikan sandaran. Atas sebab itu katanya, bersikap merendah diri adalah lebih praktikal.

"Saya hanya percaya pada pengiraan undi. Yang lain-lain, saya tidak mahu rasa terlalu selesa. Kita masih 50-50 sebenarnya," katanya Ketua Menteri penggal pertama ini.

Guan Eng berkata, menang atau tidak bukan dalam tangan beliau atau DAP.

"Ia akan ditentukan oleh rakyat. Saya hanya boleh yakin dalam hati, dan akan terus bekerja keras demi rakyat," katanya .

Ditanya mengenai peluang PR untuk terus berkuasa di negeri itu berbanding negeri lain, Guan Eng meletakkan kedudukan Pulau Pinang hanya di tempat ketiga selepas Kelantan dan Selangor.

"Pulau Pinang mungkin boleh berada di kedudukan ketiga," katanya kemudian meramal Kedah pula berada di tangga keempat dalam senarai peluang untuk PR kekal jadi kerajaan.

No comments:

Post a Comment