Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Mei, 2013: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO esok perlu mengambil ketetapan berani memilih calon untuk bertanding di kawasan parti itu tewas, seawal tahun ini bagi membolehkan rakyat merasai khidmat mereka lebih awal, bukan di saat-saat akhir.
Veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Rahman ketika menjelaskan rasional langkah tersebut berkata, pengundi sudah bijak dan mereka tidak lagi terpengaruh dengan sentuhan payung terjun yang hanya muncul ketika musim pilihan raya, sebaliknya mesti bermula dari sekarang.
Beliau yang juga Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) menambah, MT UMNO perlu berani bersuara dan mengambil ketetapan jika tidak mahu keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak menjadi detik penamat kepada kuasa politik orang Melayu.
Saya fikir sudah sampai masanya kita tetapkan siapa calon UMNO khususnya di kawasan kita kalah lebih awal. Maknanya mulai mesyuarat Majlis Tertinggi esok agar mereka dapat memberi sentuhan serta khidmat kepada rakyat mulai sekarang bukan pada musim kempen sahaja.
Sentuhan pemimpin kepada rakyat ini penting kerana ia penanda aras atau modal terbaik untuk memenangi hati pengundi dan pada masa sama kita jaga semua kawasan yang dimenangi pada pilihan raya umum lalu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai harapannya terhadap mesyuarat MT UMNO selepas menyaksikan parti itu mencapai peningkatan jumlah kerusi Parlimen berbanding 2008 tetapi gagal membantu Barisan Nasional (BN) menang majoriti dua pertiga.
Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, prestasi setiap pemimpin UMNO terutama pengerusi badan perhubungan negeri perlu dinilai secara mendalam dan jika parti merasakan mereka perlu diganti dengan muka baharu, langkah tersebut perlu dilakukan segera tanpa perlu ditangguh.
Parti ini perlu kepada penjenamaan semula selepas melihat kepada keputusan pilihan raya umum lalu. Kita perlu kepada kesegaran baharu termasuk di peringkat pengerusi badan perhubungan negeri yang mencatatkan prestasi buruk. Kalau perlu ganti buat sekarang.
Hal yang sama juga perlu dilakukan ke atas warlord kerana mereka ini kerap menyekat kemasukan bijak pandai ke dalam UMNO. Jika tidak diambil tindakan, parti ini akan ketinggalan untuk bersaing dalam pasaran politik semasa yang sentiasa berubah secara pantas," katanya.
Seorang lagi veteran UMNO, Tan Sri Aziz Tapa pula berkata, parti terbesar orang Melayu itu perlu kembali kepada asas penubuhannya iaitu berkhidmat sepenuhnya kepada rakyat kerana beliau yakin, faktor tersebut bakal menentukan kelangsungan UMNO pada masa akan datang.
Jelasnya, jika pemimpin UMNO termasuk ahli MT selesa dengan sikap mengutamakan pangkat serta kedudukan, tidak mustahil orang Melayu yang sudah kembali memberi sokongan kepada parti itu dalam pilihan raya umum lalu bakal menolak UMNO kelak.
Ini perlu disuara serta dibincangkan secara serius dan bersungguh-sungguh oleh ahli Majlis Tertinggi UMNO kerana parti ini merupakan payung kepada orang Melayu dan kelangsungannya perlu dipelihara dengan kembali semula kepada asas utama penubuhan iaitu rakyat," katanya. - UTUSAN
Abdul Aziz Rahman, Aziz Tapa |

No comments:
Post a Comment