My Add

Thursday 30 May 2013

Rosmah terima kunjungan Puteri Mahkota Denmark, Wanita Pertama Sierra Leone

PUTRAJAYA, KHAMIS, 30 Mei, 2013: Puteri Mahkota Denmark, Mary Elizabeth Donaldson dan Wanita Pertama Sierra Leone, Sia Nyama Koroma melakukan kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Seri Perdana di sini, hari ini.

Pertemuan bersama Donaldson yang berlangsung hampir sejam itu turut disertai Duta Denmark ke Malaysia Nicolai Ruge dan isteri Menteri Luar, Datin Seri Siti Rubiah Abdul Samad.

Rosmah, kemudian meluangkan masa menerima kunjungan Wanita Pertama Sierra Leone. Puteri Mahkota Denmark dan Wanita Pertama Sierra Leone itu berada di Malaysia sempena Persidangan Women Deliver 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di Kuala Lumpur.

Lebih 3,000 perwakilan, termasuk penggubal dasar, penyokong dan pemimpin dunia mewakili lebih 150 negara, menghadiri persidangan tiga hari itu yang berakhir hari ini.

Acara itu disifatkan sebagai persidangan global terbesar pada dekad ini yang memberi tumpuan kepada kesihatan dan kesejahteraan gadis serta wanita. Ia dianjur Women Deliver yang beribu pejabat di New York.

Malaysia adalah negara Asia pertama diberi penghormatan menjadi tuan rumah persidangan global itu.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment