My Add

Friday 31 May 2013

Perkasa gesa AirAsia terus diboikot

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Mei, 2013: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa semua orang Melayu termasuk agensi kerajaan terus memboikot penerbangan AirAsia selagi tiada permohonan maaf dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani berhubung kenyataan biadab beliau melabelkan Utusan Malaysia sebagai akhbar rasis.

Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim berkata, Ahli Lembaga Pengarah AirAsia, Datuk Seri Kalimullah Hassan yang menyokong kenyataan biadab tersebut juga perlu memohon maaf kepada orang Melayu di negara ini.

“Perkasa meminta supaya Lembaga Tabung Haji turut sama memboikot AirAsia dan AirAsia X dengan tidak lagi menyewa malah menghentikan terus tempahan pesawat syarikat itu bagi mengangkut jemaah Malaysia ke tanah suci pada musim haji akan datang.

“Orang Melayu yang cintakan bangsa dan demi maruah Melayu, ayuh kita sama-sama boikot AirAsia dan AirAsia X seperti dicadangkan oleh Kelab Veteran UMNO dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tempoh hari," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil mendesak Azran untuk memohon maaf berhubung kenyataannya melabelkan akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis namun, sehingga kini beliau masih berdiam diri.

Sehubungan itu, beberapa NGO seperti Veteran UMNO, Cuepacs dan Belia 4B Malaysia turut mencadangkan orang Melayu agar memboikot perkhidmatan AirAsia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment