My Add

Thursday 30 May 2013

Draf SOP keselamatan JKDM akan lulus dalam masa terdekat

PUTRAJAYA, KHAMIS, 30 Mei, 2013: Draf standard prosedur operasi (SOP) keselamatan pegawai dan bangunan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bakal diluluskan dalam masa terdekat bagi memantapkan langkah keselamatan sedia ada.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, cadangan SOP itu telah dibentangkan dalam Mesyuarat Pembangunan JKDM SeMalaysia Ke-71 pada 8 dan 10 Mei lalu.

Beliau berkata, terdapat tiga perkara terkandung dalam SOP itu dengan yang pertama melibatkan pendekatan mewujudkan dua buah pasukan tindakan kecemasan di setiap negeri.

Perkara kedua, tambahnya, menyediakan prosedur pengendalian pengiring dan kawalan untuk menjaga keselamatan pegawai tertinggi jabatan melibatkan gred tertentu.

“Perkara ketiga pula melibatkan keselamatan bangunan dan kuarters JKDM dan ini termasuklah memasang pengimbas kerana risiko keselamatan yang dihadapi pegawai semakin tinggi," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke JKDM, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment