My Add

Friday 31 May 2013

Bangga PM sokong suara wanita

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Mei, 2013: Organisasi yang memperjuangkan suara wanita di dunia, Women Deliver melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Malaysia khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap penganjuran Persidangan Global Women Deliver 2013.

Pengarah Women Deliver Asia, Datuk Dr. Raj Abdul Karim berkata, persidangan diadakan selama tiga hari sejak 28 Mei lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu berakhir dengan kejayaan apabila semua program yang diatur berjalan lancar mengikut perancangan.

‘‘Penganjuran ini bukan sahaja melakar sejarah buat Women Deliver tetapi kepada Malaysia selaku negara Asia pertama yang menjadi tuan rumah persidangan ini.

‘‘Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, saya gembira akhirnya persidangan ini berjaya diadakan. Kejayaan ini mungkin tidak dapat dicapai sekiranya tiada sokongan yang kuat daripada kerajaan Malaysia," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Presiden Women Deliver, Jill Sheffield.

Malaysia diberi penghormatan menganjurkan persidangan kali ketiga organisasi tersebut yang sebelum ini diadakan di London dan Washington D.C. bagi membincangkan isu-isu berkaitan kesihatan dan kesejahteraan gadis dan wanita.

Pemilihan Malaysia oleh pihak penganjur kerana kejayaan kerajaan dan negara mengurangkan kadar kematian gadis dan wanita akibat masalah kesihatan ketika hamil serta semasa melahirkan bayi yang disifatkan antara terendah di Asia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment