My Add

Friday 31 May 2013

Persatuan tampil bantu OKU cari kerja

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Mei, 2013: Persatuan-persatuan orang kurang upaya (OKU) diseru supaya tampil mendapatkan khidmat bantuan JobsMalaysia bagi mencari peluang pekerjaan untuk ahli- ahlinya.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, Mohd. Asri Abdul Wahab berkata, pihaknya bersedia membantu melalui inisiatif Azam Kerja 1Malaysia bagi OKU yang dilaksanakan bagi membolehkan golongan itu mendapatkan pekerjaan.

"Kita tiada masalah, persatuan hanya perlu berhubung dan berbincang dengan kami, kita akan cari majikan yang ada kekosongan jawatan dan sediakan tempat untuk kelangsungan program," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, sektor swasta juga perlu bersikap lebih bertanggungjawab dengan membuka banyak peluang pekerjaan kepada golongan OKU.

"Majikan kena ketepikan unsur-unsur keuntungan, letakkan sedikit sikap prihatin, selaras dengan dasar satu peratus OKU dalam sektor awam dan swasta," katanya.

Terdahulu, beliau merasmikan Program Penyesuaian Kerjaya Azam Kerja 1Malaysia Bagi Orang Kurang Upaya Penglihatan di Dewan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB).

Program tersebut menawarkan 100 peluang pekerjaan melalui pembabitan 11 agensi swasta antaranya Mydin Mohamed Holdings Berhad, The Chicken Rice Shop dan Watson Personal Care Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment