My Add

Friday, 31 May 2013

Rakyat harus dibenar lihat draf teks Perjanjian Perdagangan Bebas

 *S.M. Mohamed Idris menunjukkan risalah Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berhubung Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik yang didakwa boleh memberi kesan kepada kehidupan rakyat pada sidang akhbar di pejabat CAP Pulau Pinang, semalam.
PULAU PINANG, KHAMIS, 30 Mei, 2013: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melahirkan kebimbangan berikutan teks Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) yang sedang dalam rundingan tidak dibentangkan kepada rakyat.

Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, perkara itu tidak seharusnya 'disembunyikan' di bawah klausa kerahsiaan memandangkan banyak kesan perlu ditanggung rakyat selepas perlaksanaan akta tersebut kelak.

Menurutnya, jaminan kerajaan semata-mata tidak mencukupi dan perdebatan awam mengenai perkara itu perlu diadakan selain rakyat harus dibenar melihat draf perjanjiannya.

"CAP bimbang berhubung beberapa isu yang sedang dirunding menerusi TPPA dan salah satunya kemungkinan negara didesak bersetuju dengan peruntukan paten yang akan menyebabkan kemasukan ubat-ubatan generik dalam pasaran negara," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, ketika ini harga ubat generik yang disyorkan ahli farmasi membentuk 84.7 peratus daripada preskripsi dan jika perkara berkenaan dipersetujui rakyat terpaksa membayar harga lebih tinggi untuk bekalan ubat-ubatan dalam jangka masa panjang.

"Ada pihak menegaskan rakyat mampu menghadapi kenaikan harga sebanyak 60 hingga 80 peratus ubat-ubatan tertentu, manakala pihak berkuasa lain menegaskan ubat-ubatan berpaten boleh menjadi sehingga 1,044 peratus lebih mahal," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment