KOTA BHARU, KHAMIS, 30 Mei, 2013: Polis Kelantan merampas 93,694 biji pil kuda bernilai RM2.97 juta, yang terbesar setakat ini di Kelantan, dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kebakat, Wakaf Bharu, Tumpat semalam.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata dalam serbuan pada 4.15 petang itu, polis turut menahan dua pemuda berumur 23 dan 27 tahun yang disyaki pengedar dadah serta menyita sebuah kereta Perodua Myvi dan mesin pengira wang.
"Hasil pemeriksaan di dalam rumah itu, polis menemui 40 bungkusan pil kuda bertanda WY dalam sebuah beg pakaian yang disorok di bawah katil.
"Kami percaya rumah sewa itu dijadikan pusat transit sebelum pil kuda diedar kepada pengedar kecil dan penagih bagi pasaran Kelantan dan negeri bersempadan dengan Kelantan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.
Mazlan berkata, polis percaya kegiatan itu didalangi sindiket di negeri ini dan kedua-dua pemuda itu ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.
"Suspek utama berusia 27 tahun yang berasal dari Kota Bharu mempunyai tiga rekod kes jenayah lampau membabitkan pengedaran dadah dan baru keluar dari penjara tiga bulan lepas sebelum bergiat aktif menjadi pengedar kira-kira dua bulan lalu.
"Suspek kedua yang berasal dari Pasir Mas pula bekerja sebagai pemandu teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum pulang ke kampung halaman dan bertindak menjadi pengedar dadah. Hasil ujian air kencing ke atas mereka adalah negatif dadah,” katanya. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment