DAR ES SALAAM, JUMAAT, 28 Jun, 2013: Dialog Perkongsian Pintar Global 2013 (Global 2013) iaitu siri ke-22 forum wacana dan perkongsian pengalaman dalam bidang sains, teknologi dan inovasi anjuran Perkongsian Komanwel mengenai Pengurusan Teknologi (CPTM), bermula di sini hari ini dengan Tanzania buat kali pertamanya menjadi negara tuan rumah.
Program perkongsian pintar yang dicetuskan oleh Malaysia pada 1995 itu, pada kali ini membawakan aspirasi baharu ke arah melonjakkan sosioekonomi negara-negara benua Afrika menerusi tema Memanfaatkan Teknologi untuk Transformasi Sosioekonomi Afrika: Perkongsian Cara Pintar.
Ia kesinambungan kepada program di Putrajaya, Malaysia dengan tema Meningkatkan Perkongsian Pintar untuk Transformasi Sosioekonomi pada 2011. Negara Afrika yang kali terakhir menganjurkannya ialah Uganda pada 2009 dengan dialog diadakan di Munyonyo bertemakan Ke Arah Dunia Pintar: Perkongsian Cara Pintar untuk Merealisasikan Transformasi Sosioekonomi melalui Integrasi Serantau.
Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Nyerere di ibu kota ini, kira-kira 800 peserta meliputi saintis, ahli akademik, ahli perniagaan, pemimpin pelajar dan media menyertai sesi perbincangan, dialog, subdialog serta wacana kumpulan pemikir dan kumpulan pemangkin idea bermula petang ini hingga Isnin.
Hari ini, selepas melakukan lawatan untuk persiapan akhir pada sebelah pagi, Presiden Tanzania, Jakaya Mrisho Kikwete kemudian mengetuai sesi taklimat tertutup kepada 15 ketua negara dan kerajaan dan Felo CPTM yang menyertai dialog tersebut, serta mengundang para peserta melawat pameran yang dianjurkan sempena program itu.
Sebanyak 28 organisasi dan 58 perwakilan daripada agensi kerajaan, syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat swasta dari Malaysia turut mengambil bahagian dalam pameran tersebut.
Lewat petang ini, Kikwete menganjurkan jamuan makan untuk semua peserta, serentak merasmikan Global 2013 dan disusuli sesi perbincangan bertemakan Dari Munyonyo (Uganda) ke Putrajaya ke Dar Es Salaam dengan tumpuan bagaimana menyediakan teknologi berimpak tinggi untuk menjayakan wawasan negara.
Malam ini, sesi dialog bertajuk Dari Munyonyo 2009 ke Dar Es Salaam 2013 melalui Putrajaya 2011 diadakan melibatkan semua ketua negara dan kerajaan serta para peserta yang terlibat dengan misi ke arah Afrika yang lebih pintar.
Esok, pada sebelah pagi, sesi dialog utama bertajuk Memanfaatkan Teknologi untuk Pertumbuhan Perkongsian Pintar dalam Transformasi Ekonomi akan berlangsung yang bakal disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Turut dijadual menyertainya ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang juga pencetus kepada penganjuran dialog global itu.
Sesi tersebut yang memberi ruang kepada ketua-ketua negara dan kerajaan untuk berkongsi pengalaman dan mempelajari pengalaman masing-masing dalam bidang sains, teknologi dan inovasi, akan dipengerusikan oleh Kikwete sendiri. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment