My Add

Saturday, 29 June 2013

Rokok seludup: Negara rugi RM1.9 bilion setahun

KOTA BELUD, SABTU, 29 Jun, 2013: Aktiviti penyeludupan rokok yang berleluasa di negara ini menyebabkan kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM1.9 bilion setahun daripada hasil cukai rokok yang gagal dikutip.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Matrang Suhaili berkata, penyeludupan rokok di negara ini amat kritikal di mana 36 peratus daripada rokok yang dijual di pasaran adalah rokok seludup.

"Di Sabah sahaja peratusan rokok kontraban (seludup) adalah lebih tinggi iaitu 81 peratus. Ini bermakna daripada 10 peket rokok yang dijual di pasaran Sabah, lapan daripadanya merupakan rokok seludup," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Khidmat Bakti Masyarakat 2013 di Sekolah Kebangsaan Kuala Abai hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment