My Add

Saturday 29 June 2013

Hanya pasport biometrik tak perlu visa ke Jepun

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 28 Jun, 2013: Pengecualian visa untuk penginapan jangka pendek ke Jepun, hanya terpakai kepada rakyat Malaysia yang memegang pasport biometrik menepati standard Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), yang dikeluarkan sejak Februari 2010, demikian menurut Kedutaan Jepun hari ini.

Seorang jurucakap kedutaan itu berkata, beliau bimbang pengumuman pengecualian visa itu, mungkin menimbulkan kekeliruan berikutan syarat penting tersebut.

''Syaratnya ialah pengecualian itu terpakai kepada pemegang pasport biometrik dilengkapi mikrocip yang mematuhi standard ICAO,'' katanya menambah keputusan itu berkuat kuasa 1 Julai.

Kedutaan menerima banyak pertanyaan mengenai perkara itu selepas pengumuman mengenai peraturan baharu itu dibuat pada Rabu dan dilaporkan media secara meluas.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia yang tidak memegang pasport sedemikian, masih perlu memohon visa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment