My Add

Saturday 29 June 2013

DAP Kedah sasar lapan kerusi

ALOR SETAR, JUMAAT, 28 Jun, 2013: DAP Kedah menyasarkan untuk bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berbanding dua kerusi dalam PRU-13 lalu.

Pengerusi Interim DAP Kedah, Zairil Khir Johari berkata, walaupun berjaya memenangi kedua-dua kerusi yang ditandingi calon parti berkenaan dalam PRU-13 lalu, namun pihaknya berharap bilangan kerusi yang ditandingi itu dapat ditingkatkan.

Hal ini kerana, katanya, DAP sudah menjadi parti kedua terbesar di negara ini di belakang UMNO dari segi jumlah wakil rakyat iaitu seramai 145 orang.

“Pada masa sama, DAP mempunyai sejarah panjang di Kedah. Malahan bandar Alor Setar merupakan kerusi yang pernah ditandingi Pengerusi DAP, Karpal Singh.

“Oleh itu, kita harap tambahan enam kerusi bagi meneruskan legasi di Kedah," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa Interim DAP Kedah, di sini hari ini.

Sebelum ini, DAP Pusat dilaporkan menghantar satu surat menerusi e-mel kepada bekas Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik mengumumkan bahawa pengurusan DAP Kedah dan jawatannya akan digantikan oleh Zairil Khir untuk sementara waktu berkuat kuasa 10 Mei lalu.

Zairil Khir yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera bagaimanapun belum mahu mendedahkan kerusi yang ingin ditandingi DAP di negeri itu dengan alasan, ia adalah antara strategi mereka dalam PRU-14 kelak. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment