My Add

Sunday, 30 June 2013

Warga Felda diingat sentiasa waspada helah pembangkang

JEMPOL, SABTU, 29 Jun, 2013: Pemimpin, pegawai dan kakitangan dalam kawasan Felda perlu sentiasa berwaspada dan sedia berhadapan dengan sebarang fitnah serta tohmahan pembangkang.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad (gambar) menjelaskan, usaha berterusan sedang dirancang pembangkang untuk menghasut warga Felda membenci kerajaan, termasuk membuat tuduhan tidak berasas terhadap agensi itu.

‘‘Walaupun pilihan raya umum sudah berakhir, pembangkang tidak dapat menerima hakikat kekalahan dan sentiasa mencari jalan untuk menyerang kerajaan.

‘‘Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut dikecam dan sentiasa tidak betul pada pandangan pembangkang," katanya dalam majlis ramah mesra di Pusat Khidmat Parlimen Jempol, dekat Feldajaya Selatan, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jempol memberitahu, bagaikan sudah menjadi rutin harian kepada pembangkang untuk mencari jalan bagi mengelirukan rakyat dengan menyifatkan mereka telah melakukan kesilapan kerana memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

‘‘Felda merupakan kubu kuat BN dan entah apa lagi yang ada dalam fikiran mereka (pembangkang) untuk memburukkan agensi ini. Sokongan warga Felda di seluruh negara terhadap BN masih kuat," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment