My Add

Sunday 30 June 2013

Perak timbang turut haramkan jual, hisap shisha

PARIT, SABTU, 29 Jun, 2013: Kerajaan Perak menimbang kemungkinan untuk mengikuti jejak Perlis dan Melaka mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, selain mendapatkan maklumat daripada Jabatan Kesihatan, pihaknya akan meminta pandangan Jawatankuasa Fatwa negeri yang dipengerusikan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

"Keputusan mengharamkan aktiviti menghisap dan menjual shisha akan diteliti terlebih dahulu dengan mengambil kira pendirian kita mengikut dua aspek iaitu agama dan kesihatan.

"Selain mendapatkan maklumat daripada Jabatan Kesihatan, saya juga akan minta mufti (Harussani) mengeluarkan pandangan," katanya yang turut memegang portfolio hal ehwal agama Islam negeri.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit yang disempurnakan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment