My Add

Saturday, 29 June 2013

Ibu bersyukur kematian anak akhirnya terbela

 * ROSELYN Alan (kiri) bersama Alan Alip dan Lima Medeng (kanan) menangis di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, semalam, - BERNAMA
JOHOR BAHRU, JUMAAT, 28 Jun, 2013: "Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kematian Dirang yang dibunuh dengan kejam akhirnya terbela."

Demikian luahan Roselyn Alan, 27, ibu kepada Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang yang bersyukur dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Muidin Maidin, 27, yang didapati bersalah membunuh anaknya itu.

Menurut Roselyn, tiada kata yang mampu diungkapkan untuk menggambarkan kegembiraannya setelah dia sekeluarga menanti selama lebih setahun lalu dan sentiasa mengikuti perkembangan prosiding kes di mahkamah sehingga ke hari ini.

‘‘Alhamdulillah, kematian Dirang tidak sia-sia. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan rakyat negara ini yang sentiasa memberi semangat kepada saya sekeluarga selama ini.

‘‘Meskipun masih merasai pemergian Dirang namun saya sekeluarga sudah dapat menerima takdir Ilahi dan menganggap apa yang berlaku ada hikmahnya," katanya yang turut ditemani suami, Lima Medeng, 27; bapa, Alan Alip, 50, dan ibunya, Milnah Jol, 58.

Sementara itu, Alan berkata, dia sekeluarga bercadang untuk mengadakan kenduri doa selamat di rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam dan menziarahi kubur Dirang selepas sembahyang Asar esok. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment