* BEBERAPA anggota bomba melihat mayat seorang wanita murung, Latifah An, 50, yang ditemui terlangkup di dalam sebuah perigi buta di Kampung Cherok Mokkan, Hosba hari ini selepas dilaporkan hilang sejak Selasa lalu. - UTUSAN |
Mayat wanita itu yang dipercayai mengalami masalah kemurungan, Latifah An, 50, dijumpai kira-kira pukul 7.30 pagi oleh ibu saudaranya, Siti Rosni Arif, 58 dalam keadaan terlungkup di dalam perigi itu.
Siti Rosni berkata, sejak kehilangan Latifah pada Selasa lalu dia dan ahli keluarga yang lain sering mengadakan solat hajat dan bacaan Yassin agar ahli keluarga dapat berjumpa semula dengan Latifah.
"Pagi tadi selepas solat Subuh saya ada buat sembahyang sunat dan berzikir agar Allah mudahkan pencarian kami dan selesai solat saya keluar dari rumah untuk menyapu sampah.
"Tiba-tiba saya terhidu bau busuk datang dari arah perigi lama di depan rumah saya dan saya terus hampiri perigi ini yang usianya lebih 100 tahun lalu nampak macam satu benda timbul yang berbau busuk dipenuhi lalat.
"Saya tidak nampak dengan jelas kerana tidak pakai cermin mata, saya masuk semula dalam rumah untuk ambil cermin mata dan nampak satu mayat terapung memakai baju merah di dalam perigi ini," katanya ketika ditemui di Kampung Cherok Mokkan, Hosba,Jitra di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Ibrahim Mohd. Yusof berkata, polis menerima laporan mengenai kematian wanita itu dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment