My Add

Sunday 30 June 2013

Jerebu: 31 kawasan bertambah baik

KUALA LUMPUR, SABTU, 29 Jun, 2013: Sebanyak 31 kawasan di seluruh negara hari ini mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) baik manakala 21 sederhana.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar sehingga pukul 6 petang ini, antara kawasan yang berada di paras baik ialah Alor Setar (43), Kota Kinabalu (43), Kuching (51), dan Batu Muda, Kuala Lumpur (50).

"Kawasan yang mencatat bacaan sederhana termasuklah Putrajaya (55), Muar (55), Pelabuhan Klang (56), Banting (66), Bukit Rambai (86) dan Kota Tinggi (81)," menurut laporan IPU sehingga pukul 6 petang ini.

Sementara itu, kerajaan Indonesia bersetuju membincangkan cadangan yang dikemukakan oleh Malaysia bagi mengatasi masalah jerebu di peringkat Parlimen negara itu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. G. Palanivel berkata, perkara tersebut dimaklumkan oleh rakan sejawatannya, Dr. Bhaltasar Kambuaya ketika kedua-dua mereka mengadakan perbincangan mengenai isu jerebu di Jakarta, kelmarin.

"Dr. Bhaltasar turut menyatakan kesediaan negara itu untuk bekerjasama bagi menyelesaikan masalah jerebu yang turut melanda negara ini ekoran pembakaran hutan di Pulau Sumatera.

"Malah, beliau akan berbincang dengan Menteri Pertanian dan Perhutanan negara itu bagi mencari kaedah terbaik menyelesaikannya," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Projek Pengurusan dan Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut di Kampung Pulau Kempas, Sepang, hari ini.

Dalam pada itu, Palanivel berkata, kementeriannya dan agensi di bawahnya telah mewujudkan Projek Pengurusan dan Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut.

Beliau berkata, melalui pendekatan itu, tiga kemudahan dibangunkan iaitu sekatan saliran air, telaga air tanah dan menara tinjau dengan tumpuan diberikan di Selangor, Johor dan Pahang.

"Kira-kira 40 telaga air tanah dibina di Pahang, Johor, Kelantan, Sarawak, Sabah dan Selangor bagi mengawal kebakaran hutan tanah gambut dan jumlahnya akan dipertingkatkan bagi menjamin kebakaran hutan di tanah gambut dapat dikawal," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment