Ramadan tidak halang rundingan Filipina dan MILF
MANILA, SABTU, 29 Jun, 2013: Rundingan damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) akan diteruskan pada 8 Julai ini di Kuala Lumpur dengan isu perkongsian kekayaan hasil bumi menjadi topik utama rundingan tersebut.
Timbalan Pengerusi MILF, Ghadzali Jaafar berkata, biarpun tarikh itu hampir dengan tarikh umat Islam menunaikan ibadah puasa, rundingan tetap akan diteruskan.
"Rundingan tersebut amat penting dan kedua-dua pihak sudah bersetuju untuk meneruskannya," katanya semalam, sambil menjelaskan bahawa ia berkemungkinan berlangsung selama lima hari. - AFP/UTUSAN
No comments:
Post a Comment