Ali Rustam belum buat keputusan
KUALA LUMPUR, SELASA, 27 Ogos, 2013: Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam masih berteka-teki tentang jawatan yang akan ditandingi beliau dalam pemilihan UMNO Oktober ini.
Menurutnya, beliau akan mengumumkan keputusannya itu dalam tempoh terdekat ini.
"Sudah pasti bukan jawatan nombor satu dan dua, kita setuju biarlah jawatan itu tidak dipertandingkan," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis serah tugas jawatan Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) di sini hari ini.
Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi PUNB yang baharu menggantikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkuatkuasa 1 Ogos lalu.
Bekas Ketua Menteri Melaka itu sebelum ini mengumumkan akan bertanding dalam pemilihan parti namun belum menyatakan jawatan yang akan ditandingi. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment