My Add

Wednesday 28 August 2013

Annuar Musa tanding Ahli MT

SEREMBAN,  SELASA, 27 Ogos, 2013: Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan parti hujung tahun ini.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau juga akan mempertahankan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Ketereh yang disandangnya sejak 26 tahun lalu.

Annuar yang merupakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menjadi Ahli MT sejak 1990 tetapi tidak menawarkan diri bertanding dalam pemilihan lalu.

"Saya hanya ingin memaklumkan penawaran diri dan saya serahkan kepada ahli untuk membuat keputusan," katanya kepada para pemberita selepas melawat syarikat pengeluar tudung, Pearl Haya di Senawang dekat sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment