My Add

Wednesday 28 August 2013

Melayu jadi mangsa meritokrasi

KUALA LUMPUR, SELASA, 27 Ogos, 2013: Kerajaan didesak mempertimbangkan supaya menghapuskan sistem meritokrasi pendidikan berikutan sistem itu merugikan orang Melayu di negara ini.

Tokoh pendidikan, Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, pelaksanaan sistem tersebut telah menjadikan pelajar-pelajar Melayu sebagai mangsa termasuk dalam hal ehwal pemberian biasiswa.

"Kita sedih melihat lebih 80 peratus orang bukan Melayu menguasai sistem ini dan lebih parah, majoritinya dari sekolah-sekolah vernakular. Adakah mereka berjiwa Malaysia?

"Sama juga dengan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), golongan sekolah vernakular daripada institusi pengajian tinggi swasta lebih ramai," katanya ketika berucap dalam Kongres Perdana Pendidikan Kebangsaan di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment