My Add

Wednesday 28 August 2013

ATM, tentera Thai erat kerjasama kawal sempadan

TANAH MERAH, RABU, 28 Ogos, 2013: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengeratkan lagi kerjasama dengan tentera Thailand bagi memastikan keamanan di rantau ini serta kawasan sempadan kedua-dua negara tidak diganggu gugat.

Panglima 2 Divisyen Tentera Darat Diraja Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Muhammad Shukuri Ahmad berkata, melalui kerjasama tersebut banyak bidang yang diterokai dan dipelajari bersama di antara kedua-dua pasukan keselamatan itu.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa bersama untuk berbincang bagi meningkatkan kerjasama terutama dalam mencari kaedah terbaik untuk mengawal sempadan negara.

"Dalam percakapan saya dengan rakan sejawat dari Thailand, mereka amat tertarik dengan program jiwa murni yang diadakan di sini dan mereka akan membawa balik projek tersebut untuk dilaksanakan di kawasan tiga wilayah bergolak untuk mendapat sokongan daripada rakyat.

"Sebagai contoh kita telah mewujudkan kordinasi rondaan secara bersama di kawasan sempadan negara, kerjasama ini memberikan kesan yang amat positif," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Eksesais Ex-Land Thamal Ke-19 di Kampung Telaga Bijih di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment