My Add

Wednesday 28 August 2013

Pawagam mula siar Negaraku sebelum tayangan filem

KUALA LUMPUR, RABU, 28 Ogos, 2013: Kira-kira 123 pawagam di seluruh negara mula menayangkan lagu Negaraku sebelum tayangan filem bermula, sempena sambutan kemerdekaan negara ke-56.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, tayangan lagu kebangsaan dengan dua klip khas itu akan dilaksanakan selama seminggu sehingga 3 September ini.

Tayangan lagu khas Negaraku itu dilancar Shabery sebelum tayangan filem The Conjuring arahan anak Malaysia, James Wan, di Pawagam GSC Pavilion di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment