My Add

Thursday 29 August 2013

Kaji semula sistem meritokrasi pendidikan

KUALA LUMPUR, RABU, 28 Ogos, 2013: Sistem meritokrasi yang dilaksanakan dalam sektor pendidikan di negara ini perlu dikaji semula sekiranya didapati menjejaskan kepentingan orang Melayu.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, kajian itu sewajarnya mengambil kira jurang pencapaian orang Melayu dan kaum- kaum lain yang masih lebar walaupun selepas 56 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Menurut beliau, pertimbangan hendaklah diberi kepada keupayaan kewangan orang Melayu, khususnya dari kawasan luar bandar dan tahap kecekapan mereka dalam menguasai bahasa Inggeris.

“Pelajar-pelajar yang berasal dari kampung lazimnya kurang berkemampuan dan agak ketinggalan dari segi penguasaan bahasa Inggeris berbanding mereka yang dari bandar.

“Bagaimanapun, sistem meritokrasi boleh dikekalkan dalam bidang- bidang akademik yang memperlihatkan keseimbangan dari segi komposisi kaum diwakili pelajar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment