My Add

Thursday 1 August 2013

Laga pemimpin UMNO: The Star terus dipersoal

KUALA LUMPUR, RABU, 31 Julai, 2013: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi masih lagi menunggu penjelasan akhbar The Star berhubung tindakan akhbar itu melaga-lagakan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee.

Beliau berkata, sehingga hari ini kolumnis akhbar The Star, Joceline Tan dan Ketua Pengarangnya, Datuk Seri Wong Chun Wai masih enggan memberi penjelasan berhubung dakwaan bahawa mereka mempunyai agenda untuk mewujudkan publisiti negatif terhadap UMNO menjelang pemilihan parti hujung tahun ini.

"Semua pihak tahu keadaan dalam UMNO sekarang begitu tenteram dan kita tidak mahu pihak akhbar The Star cuba menjadi dalang atau batu api untuk mencetus perbalahan antara pemimpin dalam UMNO.

"Selaku ahli Majlis Tertinggi, saya tidak akan berdiam diri jika benar wujud usaha negatif atau niat jahat akhbar berkenaan. Kekuatan UMNO terbukti dengan kemenangan cemerlang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Joceline dan seorang lagi wartawan The Star dalam artikel bertajuk Give up post, Shahrizat told yang disiarkan di dalam akhbar berbahasa Inggeris itu 8 Julai menyentuh kenyataan Syed Ali yang meminta Ketua Wanita UMNO itu memberi laluan kepada muka baharu menerajui pergerakan tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad turut meminta penjelasan daripada Chun Wai dan Jocelyn berhubung kerakusan mereka ingin melihat suasana tegang dalam UMNO.

Beliau hairan mengapa pihak The Star enggan memberi tumpuan kepada isu penyelewengan semasa pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) dalam parti DAP Disember tahun lepas.

"Sedangkan pendedahan dan laporan polis termasuk kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) tentang penyelewengan itu adalah cukup banyak. Ini turut didedahkan oleh Father Augustine Chen dalam bukunya, The Equity Report," katanya - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment