My Add

Wednesday 28 August 2013

Ops Cantas: 128 individu ditahan di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, RABU, 28 Ogos, 2013: Polis Kuala Lumpur menahan 128 individu hasil pemeriksaan ke atas lebih 4,000 individu sepanjang Op Cantas yang dilancarkan sejak 17 Ogos lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata daripada jumlah tangkapan itu, 22 individu dibebaskan, 16 dibebas dengan ikat jamin polis, 63 direman, manakala 27 lagi dituduh di mahkamah.

"Selain itu kita juga berjaya merampas sepucuk pistol jenis Walther P99 tanpa peluru, dua pucuk pistol mainan, tiga bilah pisau, sebilah pisau lipat, empat bilah parang dan satu tukul besi," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, hari ini.

Mohmad berkata, polis juga memeriksa 3,121 buah kenderaan termasuk 1,684 kereta, 1,364 motosikal dan 73 lain-lain kenderaan.

"Sepanjang operasi, kita berjaya merampas empat buah motosikal dan lapan buah kereta yang dipercayai dicuri," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment