My Add

Wednesday 28 August 2013

Rela kini dikenali Jabatan Sukarelawan - Zahid

PUTRAJAYA, RABU, 28 Ogos, 2013: Jemaah Menteri yang bermesyuarat hari ini bersetuju menjadikan pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) sebagai sebuah jabatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selari dengan perubahan status tersebut, gelaran pangkat sedia ada turut akan ditukar kepada lambang-lambang pangkat yang diluluskan

"Kabinet yang bermesyuarat hari ini telah meluluskan bahawa Rela dikenali sebagai Jabatan Sukarelawan, tidak lagi sebagai sebuah pasukan tetapi jabatan," katanya ketika berucap melancarkan program Semarak Jalur Gemilang Rela di sini hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, cadangan pertukaran status Rela kepada jabatan antaranya bertujuan memberi peluang kenaikan pangkat dan menggalakkan penglibatan anggota Rela yang separa aktif dan tidak aktif terutama lepasan universiti.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, beliau yakin Rela dengan kepemimpinan yang ada mampu menggerakkan semangat kecintaan terhadap negara melalui gelombang kesukarelawan yang sedang dilaksana.

"Rela sememangnya telah melalui era transformasi yang membanggakan semenjak 2009. Ahli Rela telah melonjak daripada 540,000 kepada lebih kurang tiga juta," katanya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment