My Add

Thursday 29 August 2013

Palanivel kekal Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR, RABU, 28 Ogos, 2013: Barisan Nasional (BN) kekal memiliki kerusi Parlimen Cameron Highlands selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini membenarkan bantahan awal yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen kawasan tersebut, Datuk Seri G. Palanivel dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hakim Datuk Umi Khaltum Abdul Majid membuat keputusan tersebut ketika membatalkan petisyen yang difailkan calon DAP, M. Manogaran dan memerintahkan supaya beliau selaku pempetisyen membayar kos RM40,000 kepada Palanivel.

Presiden MIC itu, Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan SPR mengemukakan bantahan awal terhadap petisyen yang dikemukakan oleh Manogaran untuk mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment