My Add

Thursday 29 August 2013

Sertai Makmal Pra-Bajet 3, September

KUALA LUMPUR, RABU, 28 Ogos, 2013: Golongan muda dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini dijemput menyertai Makmal Pra-Bajet pada 3 September ini bagi membolehkan idea serta pandangan mereka diangkat sekali gus diberi perhatian dalam pembentangan bajet akan datang.

Pengerusi Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan (BEPU) Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, penganjuran Makmal Pra-Bajet itu merupakan tindakan proaktif terutama bagi memberi ruang dan peluang kepada rakyat untuk menambah baik sektor bajet yang berkaitan dengan mereka.

“Kita tidak mahu lagi orang ramai khususnya golongan muda berterusan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka di laman sosial tentang pelaksanaan bajet, sehubungan itu menerusi platform ini saya yakin dapat memberi nilai tambah serta impak kepada Bajet 2014 nanti.

“Pelbagai sektor akan diberi perhatian dalam perbincangan itu termasuk isu-isu yang berkaitan orang muda, miskin bandar, keperluan semasa rakyat, peluang-peluang baru golongan muda dan lain-lain lagi," katanya dalam sidang akhbar penganjuran program itu di Wisma Pelaburan Mara Berhad (PMB) di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment