My Add

Thursday 1 August 2013

YPU rancang pelan strategik lima tahun

KUALA TERENGGANU, RABU, 31 Julai, 2013: Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) negeri Terengganu memperuntukkan dana hampir RM137 juta untuk melaksanakan pelan tindakan strategi lima tahun pembangunan keusahawanan bagi memperkasakan usahawan di negeri ini.

Pengerusi YPU, Datuk Sabri Mohd. Nor berkata, mengikut strategi lima tahun 2013-2017 itu, lima teras diberi tumpuan, termasuk meningkatkan akses kepada dana usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), meningkatkan pasaran, menambah jaringan komuniti dan budaya keusahawanan serta menambah akses kepada infrastruktur.

Sejumlah RM55.5 juta diperuntukkan untuk meningkatkan akses usahawan PKS kepada dana, melibatkan 2,390 usahawan, RM35.580 juta untuk meningkatkan pasaran (3,370 usahawan) dan RM16.053 juta pula untuk menambah nilai aktiviti dan daya saing PKS.

Beliau berkata program meningkatkan jaringan komuniti dan budaya keusahawanan pula diperuntukkan RM2.617 juta, melibatkan 11,200 usahawan manakala RM13.450 juta pula bagi menambah akses kepada infrastruktur melibatkan 73 unit premis. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment