My Add

Saturday 28 September 2013

Bantuan Malaysia tanpa mengira agama, bangsa - Tun Dr. Nahathir 

Oleh NURULANUAR MANSOR

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 September, 2013: Bantuan yang dihulurkan oleh rakyat Malaysia kepada mereka yang memerlukan di mana sahaja di dunia tidak seharusnya disalah tafsir sebagai khusus untuk orang Islam.

Tanggapan salah sebegitu menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad wujud kerana dewasa ini, kelompok paling banyak memerlukan bantuan di dunia merupakan orang Islam kesan daripada pelbagai bencana kemanusiaan.

Katanya, disebabkan bantuan yang dihulurkan oleh rakyat dan negara ini, ia kelihatan hanya tertumpu kepada orang Islam.

"Ini tidak benar, kita (rakyat dan negara) menghulurkan bantuan tanpa mengira fahaman agama dan bangsa.

"Ambil contoh bantuan yang kita hulurkan untuk pelarian rakyat Syria yang turut melibatkan penganut kristian, kita tidak membezakan bantuan yang diberi mengikut fahaman," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Tabung Bantuan Syria Media Prima MERCY Malaysia di sini hari ini.

Justeru, beliau menasihatkan pihak-pihak yang beranggapan sedemikian untuk membuka mata dan melihat perkara sebenar agar lebih ramai rakyat Malaysia menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment