My Add

Tuesday, 3 September 2013

Dua beradik antara tiga yang ditahan miliki senjata api buatan sendiri

RAUB, ISNIN, 02 September, 2013: Tiga lelaki termasuk dua beradik ditahan kerana dipercayai memiliki senjata api buatan sendiri di Kampung Dong dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Shamsuddin Wan Osman berkata, kira-kira jam 1.45 pagi, polis menyerbu sebuah rumah dan menahan seorang suspek yang berumur 30 tahun dan menemui senapang patah buatan sendiri yang telah dileraikan di dalam rumahnya.

Polis juga merampas pemegang laras senapang patah dan pemegang laras yang diperbuat daripada kayu selain satu badan senapang patah bersama 10 butir peluru hidup bore 12, katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata suspek mengaku telah membeli senjata tersebut daripada pasangan adik-beradik yang masing-masing berusia 30 dan 36 tahun.

Wan Shamsuddin berkata susulan itu polis menyerbu rumah dua beradik terbabit yang terletak tidak jauh dari rumah suspek pertama.

"Hasil pemeriksaan di dalam rumah dua beradik itu, polis menemui sebatang besi yang digunakan untuk membuat laras senapang patah, tujuh batang besi yang disyaki digunakan untuk membuat laras senapang patah dan sebatang kayu berbentuk senapang.

Beliau berkata pihak polis percaya kedua-dua beradik itu membuat senapang tersebut sebelum menjualnya.
Kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut kerana memiliki senjata tiruan dan memiliki senjata buatan sendiri. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment