My Add

Monday, 2 September 2013

Patah kaki: Halimah bercuti, tidak bertanding jawatan

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD

JOHOR BAHRU, ISNIN, 02 September, 2013: Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique akan bercuti selama tiga bulan berikutan kaki kanan dan kirinya cedera semasa bercuti di Bali, Indonesia pada 20 Ogos lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tenggara memberitahu, kaki kanannya patah manakala kaki kiri terseliuh setelah terjatuh ke lubang semasa berada di Bali bersama suaminya, Datuk Sufian Osman dan dua anak mereka.

Berikutan insiden itu beliau kini bercuti sakit kira-kira tiga dan tidak akan bertanding sebarang jawatan pada pemilihan UMNO Oktober ini.

"Saya tiba di Bali pada 19 Ogos dan pada keesokannya ditimpa nasib malang yang mana kaki kanan patah dan kaki kiri terseliuh menyebabkan urat terkeluar daripada buku lali. Setelah mendapat rawatan awal yang sewajarnya di hospital Indonesia, kami mengambil keputusan memendekkan percutian dengan kembali ke tanah air pada 24 Ogos lalu.

"Sesampai di tanah air saya telah menjalani pembedahan kaki kanan dan dijangka pulih dalam tempoh enam minggu, manakala kaki kiri yang kini bersimen dijangka pulih dalam masa lapan minggu," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment